Thursday, December 8, 2011

Surat Cinta Untukku...

Sayang,
Jangan cemari hubungan dan ikatan kita dengan rasa cemburumu,
Kerana ia bakal mengundang sebuah perpisahan,
kerana sekian lama diri ini bagai dicurigai selalu..

Sayang,
pandanglah sejauh itu betapa aku cuba untuk memahami diri dan ikatan ini,
namun jika diri ini sering digagaghi dengan tuduhan tanpa sebuah realiti yang hadir,
selama mana aku mampu bertahan?

Sayang,
Mungkin penyesalan ini pasti menghantui diri selalu,
Renunglah saat saat kemesraan waktu kita bersama,
mana mungkin diri ini akan merubah kebahagiaan yang dirasa,
kerana dirimu dilahirkan buat diriku..

Sayang,ketahuilah hingga saat ini segalanya masih untukmu…

Wednesday, November 30, 2011

Merajuk Dipujuk...

Dari kecik kalau sy merajuk taknak mkn, hanya ‘dia’ yg akan pujuk sy utk mkn dgn cara paling lembut…

Walau hanya ayat itu…

“dah, pegi mkn sana..nanti nasi sejuk..xsedap…”

Ya, smpai skrg sy masih dipujuk lembut seperti itu… sampai kapan pun sy masih mahu dipujuk begitu… 

*nyawa sy... Tuan Haji Ahmad Bin Haji Siraj*

Friday, September 16, 2011

:: di sini segalanya bermula ::

Siapakah itu,
Yang mengetuk pintu hati,
Yang memberi salam pertama…

Siapakah itu,
Yang menguntum senyum dibibir,
Yang mengukir kata manis…

Siapakah itu,
Yang berlari di kaki langit,
Yang menantikanku disebalik tirai pelangi…
 ** disini segalanya bermula...

:: SEINDAH DERITA ::

Banjir kepiluan yang berladung di dalam hati tiada siapa yg tahu melainkan aku… Namun aku rela menyimpan semuanya di dalam hati… Tega membiarkan diri luka sendiri-sendiri… Tapi sampai bila harus aku simpan lemas luka hati ini?? Aku jauh di negeri orang…lantaran ada yang sudi memberi dahan untuk berpaut, perlukah aku tolak? Atau aku masih menanti rendangnya pohon memayungi tatkala turunnya salji atau terus menanti panasnya bahang asmara untuk memanaskan dinginnya SEKEPING HATI YANG TELAH LAMA MATI….

** kau lelaki yang ada segalanya…aku cuma ada kekecewaan & masa silam yang menyakitkan…

Saturday, August 20, 2011

:: sy hanya wanita biasa ::


Kepada awk yang akan menjadi pendamping sy kelak..

Terima kasih sebab telah memilih sy di antara ribuan bidadari di luar sana yang layak untuk awk pilih.. Padahal awk sangat tahu, sy hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sifat sempurna.. sebabnya sy nak awk tahu, sy bukan wanita yang sempurna, sy begitu banyak kekurangan.. Maka ketahuilah itu..

Kepada awk yang akan memilih sy kelak..

sy tak sebijak saidatina khadijah, sebab itu sy nk awk tahu, sy boleh saja berbuat salah yang begitu menyakitkan hati.. Maka sy mohon pada awk, bijaklah dalam melayani kerenah sy, jangan marah pada sy, nasihati sy dengan sabar, sebab bagi sy awklah pemimpin sy, tak akan berani sy melawan kata awk..

Duhai awk yang akan memilih sy kelak..

Ingatlah, tak selamanya sy dapat nampak cantik di mata awk, ada kalanya sy akan begitu penat.. Mungkin sebab sy begitu sibuk di sekolah & di dapur, menyiapkan makanan untuk awk dan putera puteri kita nanti, insya’ALLAH.. Jadi jika esok pagi awk tengok sy sangat letih dan ada lingkaran hitam di mata sy, maka tetaplah tersenyum pada sy, sebab awk adalah kekuatan sy..

Pada awk yang menjadi nakhoda dalam hidup sy kelak..

Ketahuilah, sy tak sesabar Fatimah az zahra, ada kalanya awk akan nampak sy begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan sebab nk melawan awk, tapi sy hanya wanita biasa, sy juga perlu tempat untuk menumpahkan rasa dlm di hati sy, tempat untuk melepaskan penat sy, dan mungkin saat itu sy tak jumpa awk, atau awk begitu sibuk dengan kerja awk, maka bersabarlah.. yang sy harapkan hanya pelukan dan belaian awk.. sebab bagi sy, awk adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resah di hati sy..

Ataukah ada kalanya tangan sy akan mencubit dan memukul pelan si kecil kita sebab lelah dan penat sy di tambah dgn kerenahnya yang tak habis-habis.. Sungguh! bukan sebab sy nk menyakitkannya, tapi kadang-kadang sy kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.. Maka jangan menengking sy sebab menyakiti buah hati kita, tapi cukup dgn awk usap kepala sy, dan bisikkan kata sayang di telinga sy, sebab dengan itu sy tau awk selalu menghargai semua yang sy lakukan untuk mahligai kita, dan awk akan nampak sy menangis menyesali perlakuan sy pada puteri kita, dan sy akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang sy berikan padanya, dan sy akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Pada awk yang menjadi imam dalam hidup sy kelak..

Ketahuilah, sy tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajari sy, membimbing sy ke arah-Nya.. jangan pernah letih mengajari sy.. Jangan segan membangunkan sy di sepertiga malam untuk bersama awk bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkan sy untuk terus bersama awk mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tangan sy ke JannahNya, agar  awk dan sy tetap bersatu di dalamnya..

Pada awk yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidup sy..

Seiring waktu yang berlalu, sy pastinya akan di telan usia.. Dan awk tak akan nampak sy sebagai wanita cantik, yang awk khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan mata awk.. Maka jangan pernah berpaling dari sy.. sebab satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, iaitu rasa cinta sy pada awk..

Ketahuilah.. Tiap hari yang berlalu, tiap jam, minit dan detiknya, telah sy lewati dengan sangat jatuh cinta pada awk.. Maka, cintailah sy, dengan apa adanya sy.. Jangan berharap sy mampu menjadi wanita sempurna.. Maafkan sy sebab sy bukan puteri.. sy  hanya wanita biasa…

* impian sy & impian awk juga *

Monday, August 8, 2011

:: untuk 'si mata kecik' ku sayang ::

AKU TAK MAU BILA KAU BERSANDAR DIBAHUKU..
AKU INGIN KAU MENJADIKAN AKU SEBAGAI TIANG YANG KUKUH..
AKU TAK MAU BILA KAU GENGGAM TANGANKU INI..
AKU INGIN KAU PELUK AKU DENGAN ERAT..
AKU TAK RELA BILA KAU INGIN BERJALAN SENDIRI..
BILA KAU MAU AKU SIAP WALAUPUN HANYA MENJADI BAYANGANMU..
AKU TAK RELA BILA SUATU SAAT KAU TERJATUH..
SEBAB TAK LAYAK BILA NANTI KAU YANG TERLUKA..



** terima kasih utk semua kebahagiaan ini.. aminn ya rabb ……

:: sepi ::


Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, Syurgaku 
Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku...
**biar dunia tahu sy sayangkn awk..

:: cinta ini ::

Biarkan saya terus JATUH CINTA dengan awak ye... rasa SAYANG ini, usah dihalang-halang... bimbang kelak ia HILANG...


** terima kasih cinta…


Saturday, August 6, 2011

:: Terima Kasih Cinta ::

Kekasih,
Taburlah segenggam salji pada secubit api
Insya'ALLAH
Cinta ini akan semarak kembali...


** segalanya ku sandarkan di bahumu… 

:: inilah cinta ::

sy dah jumpa cinta baru..
cinta yang buat sy sentiasa ketawa walaupun baru kenal seketika cuma..
cinta dia mampu membunuh hampir semua kenangan tentang awak...
Walau sy dan dia berlainan jantina, tapi sy yakin dia mampu membuat sy bahagia..

lebih dari apa yg awak berikan dulu..
Sungguh, walau dalam hati ini hanya tinggal padang bola..
tapi selagi ada kata laluan sesuai, ia pasti akan terbuka..
Muka ukir wajah suka..
Ketawa..


  **Hari ini aku mahu senyum sahaja.. Peluk tiang, gelak seorang.. Cium buku, lukis wajah beku.. Menari tanpa irama yang hanya aku tahu notanya..

Thursday, August 4, 2011

:: cinta & harapan ::

... aku letih untuk percaya...sedangkan masa depan masih kabur...perjalanan masih jauh...duhai hati...kenapa kau terlalu mudah menerima segalanya...
**sy tau kamoo akan baca ini..sy curi dr fb kamoo..hanya mau kamoo tau sy mau jd seperti ini**

Saturday, June 11, 2011

Lamaran Yang Melemaskan!

Sekali lagi perkara yang sama berlaku... Aku kebuntuan...
Bukan perkara gembira yang mengasak, tetapi hati terasa seperti disiat-siat...
Seolah belati tajam yang menusuk jauh ke tangkai hati….
Bukan dari orang yang sama, tapi orang berbeza…

Natijahnya aku yang tanggung sendirian…
Mereka tak memahami...
Bukan aku membenci tapi hatiku telah dimiliki kini biarpun perjalanan masih terlalu jauh menanti…

Makcik & Kak Ngah,
Tolonglah jgn hukum keluarga sy hanya kerana lamaran itu terpaksa sy tolak… mereka tidak bersalah..
Tolonglah jangan terus2an menyalahkan sy kerana cinta dia sy biarkan sepi…mati…

Sekali lagi aku melukai sekeping hati yang mendambakan cinta suci..
Maaf, aku tak mampu memberi…
Jangan cepat melatah berjanji jika kau sendiri tidak pasti...
Penantian kalian hanya sia-sia…
Aku bukan cagaran cinta kalian…
Bukan juga dewi yang layak disanjung setinggi impian…
Kerna aku hanya insan biasa…

~ Dilukai sangat pedih..kesannya sedalam hati yang tertanam jauh ke dasar Bumi… Aku tak mampu memberi kini… ~

:: Lamaran Sepi ::

Sejarah Kembali Berulang...

Dilamar oleh mak dia sendiri? pahang? OMG! Memang membuatkan aku jadi se`GELABAH` macam labah-labah terlekat kat sarang sendiri..

Kadang-kadang sakit kepala bila aku rasa tahap adrenalin mula berasak-asak..

Serius ke dia...atau sekadar nak menguji tahap KEgelabahAN aku sekali lagi?

Yang pasti aku punya keluarga..

Masih kepunyaan keluarga..

Jadi tanyalah pada orang yang lebih berhak..

Untuk ketika ini, aku punya keutamaan pada diri aku sendiri & si dia...

Titik. Noktah. Fullstop.


~ Semoga dia memahami~

Sunday, May 22, 2011

:: Menanti & Terus Berharap ::

Sampai bila aku harus menanti?
Menaruh harapan yang belum pasti akan ada kesudahan...
Memahami bukan seindah memiliki..
Memiliki tak bermakna aku memahami..
Andai masa bisa diputar semula..
Tak mungkin aku merelakan apa yang terjadi kini..
Kerna di sebalik kekecewaan pasti terselit kemanisan..

Ya Tuhan…
Seandainya telah Kau takdirkan dia milikku..
Satukan hatinya dengan hatiku..
Jangan Kau titipkan kegundahan di jiwa kami..
Tatkala hati dicengkam rindu..
Jika dia bukan untukku..
Kau jauhkanlah rindu dan rasa ini..
Dari terluka andai ikatan ini bakal mengundang kekecewaan..
Retak menjadi dendam berpajangan..

Aku cuba menjadi penunggu setia..
Kerna kutahu setiap kesabaranku akan berbalas..
Walau dengan titipan kekecewaan mahupun kemanisan..
Rela kupujuk hati yang jauh di dasar lautan..
Berdebar rasa hatiku menanti apa sudahnya…
Memaksaku kuberkorban segalanya..
Salahkah untukku meluahkan rasa..
Andai……..









Kasih yang selama ini setia tidak bermakna….

:: Biarkan Cinta Di Hati Bicara ::

Siapa sekarang di hatiku?
Tersepit antara ruang-ruang jiwa, ketandusan rasa, hilang nyawa…
Rawan hati, buntu, kosong…
Antara kemahuan dan kehendak
Yang mana harus diutamakan…
Yang mana bisa didahulukan…
Jika bisa ketemu jawapan, pasti akan ada jalan…
Soalnya hati sukar dimengerti…
Apa yang terjadi di luar batasan diri…
Datang tanpa diundang, pergi tidak dihalang…
Antara kecewa, memendam rasa…
Atau biarkan saja hati ini berbicara??



:: Sepi Sekeping Hati ::

Diam..
Lama aku menyepi..
Rindu untuk update blog? Langsung tiada rasa itu...
Ntah..
Terkadang rawan hati semakin tak keruan..
Jiwa semakin lara? Tidak juga...
Tapi kosong...ya, rasa itu yang membelenggu..
Sekeliling penuh gelak tawa...
Namun aku berpura semata..
Sampai bila??

~ Lawanlah kesepian itu selagi termampu~

Monday, March 28, 2011

:: iM s0 s0rry but i Luv ::


6 years ago...
sometimes it's so hard.... 2 say i'm still loving u....

after 6 years...
dont ask me if i'm ok!! juz always know that my smiles aren't for real... i have been broken too many times...

now...
i can do something stupid 2 get your love... please love people that might do anything juz for you like me... did you realize i'm the one that always can be like that..???

** kamoo lelaki soleh dalam hidup gadis jahil seperti aku**

✿ ♪♫•*¨*•. Bahasa Cinta ♪♫•*¨*•.✿

Beza 2 tahun..
tak payah bagi kalau kau boleh curi,
tak payah beri kalau kau boleh cari...

Beza 2 tahun..
tak perlu simpan kalau kau rasa beban,
tak perlu tahan kalau kau rasa tak heran...

Beza 2 tahun..
tak usah curah kalau kau rasa susah,
tak usah kesah kalau kau rasa payah...

Beza 2 tahun..
Kau pasti takkan faham dengan bahasa aku kerana kau sendiri tak pernah ambil tahu tentang Bahasa Cintaku.....


HATI AKU...

aku pedih org bicara *kau berdua serasi bersama*
aku paling mata bila terpana *kau merenung sayang padanya*
aku tak pernah ukir senyum...bila lihat dia...
aku tak pernah utus gembira...bila lihat dia...
aku tak pernah undang tawa...bila lihat dia...



** mau tau kenapa?? kerana dia DUDUK dalam hati kamu....

Thursday, March 17, 2011

:: sonata musim salju ::

 sekali aku ucapkan kata CINTA padamu  MOHD FIRDAUS BIN ABAS.. akan SELAMANYA  rasa itu UNTUKMU  


* sy impikan anak kita secomel kamu tika kecil :') *

:: Cinta Dalam Hati ::

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, pasti Allah akan berikan.. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki, walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya..


* mencintaimu separuh mati *

:: MOHD FIRDAUS BIN ABAS ::

MOHD FIRDAUS BIN ABAS, SY CINTAKAN AWAK..!!!!!


*cinta sampai mati..!!*

Wednesday, March 16, 2011

BICARA BUAT SEORANG EMAK...

Maaf mak,
Andai sesekali aku palingkan muka
Dari merenung iras wajahmu
Lantaran ada rasa
Yang bergetar dalam dada
Sukar kau baca... 

Maaf mak,
Andai sesekali aku bungkam tanpa kata
Tidak menyahut tegur dan sapa
Lantaran ada duri
Yang menyucuk dalam hati
Sukar kau cari...

Maaf mak,
Jika kian hari makin subur duka laramu
Dari resah di ladang nurani
Lantaran kerenah seorang anak seperti aku
Namun hati anakmu ini 
Adakalanya harus kuladeni
Sendiri...


*** Emak, kurindu air tanganmu, juga marah jeritmu... ibarat sonata hati merdu berlagu...

DUHAI BONDA...

Pertama kali kau ucap "mak sayang adik..."
saat kau kata cinta dia harus kutolak ketepi...
Aku diam.... *cairan hangat jatuh ke pipi*

Saat kau bilang "pilihan adik tak sesuai..."
skali lagi aku tunduk berbagi...
Bonda, harus yang bagaimana lagi??

Bagaimana harus ku lerai bonda??
Siapa yang kau rasa pantas buat diriku??
Sampai kapan harus ku nanti??

~bonda, aku yakin dikau pasti lakukan yg terbaik buat diriku, juga masa depanku..~

Tuesday, March 15, 2011

A.K.U

Aku bkn romeo yg sanggup mati kerana cinta,
Aku bkn majnun yg akan hancurkan diri dan hidup kerana cinta,
Aku bkn rama yg akan mati bersama2 sita nya,
Aku bkn imran ajmain yg akan menunggu cinta seribu tahun lamanya ..

Meski pon kekasihku mati, aku harus hidup,
Meski pon Hatiku hancur, aku harus hidup,
Meski pon aku kesunyian, aku harus hidup,
Meski pon tiada yang sudi, aku harus hidup..

Kerana hidup ini terlalu singkat untuk dilalui,
Kerana hidup ini terlalu indah untuk ditangisi,
Kerana hidup ini terlalu sukar untuk difahami,
Kerana hidup ini ada matlamat yg harus dikecapi..

Aku x ingin dikenang kerana cinta,
Aku x ingin dikenang kerana terluka,
Aku x ingin dikenang kerana penantian sekian lamenya,
Aku x ingin dikenang kerana menulis cerita yg panjangnye berjela2...




sy tak kejam :'(





saya tau hati kamu.. kamu terluka.. tp apa yg boleh saya buat?? keluarga saya tak pernah restu hubungan kita.. siapapun kamu saya xkesah.. apa jua kekurangan kamu saya terima.. tp keluarga saya?? saya tau kamu sangat terluka skrg.. maafkan saya.. saya dah tatau nk watpe lg.. inilah pengakhiran cerita kita encik ex-bakal suami..




Sayu terpisah...
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah...
berhembus angin rindu...
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu...
hujan lebat mencurah kini...
bagaikan tiada henti...
kaulah laguku kau irama terindah...
tak lagi ku dengari...
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata...
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa...
apa pun kata mereka...
biarkan kenangan berbunga di ranting usia...


encik ex-bakal suami, maaf kerana utk kesekian kalinya sy menolak lamaran awk selama 2 tahun.. maafkan sy kerana tidak membalas semua sms awk.. maafkan sy kerana senyap tanpa kata dgn panggilan dari awk.. maafkan sy kerana sy adalah wanita kejam yg tak mampu mempertahankan cinta awk.. mereka lebih penting dari cinta awk.. maafkan sy.. :'(

makcik, maafkan sy kerana tak dapat nk tunaikan hasrat makcik utk jadikan sy menantu dlm keluarga makcik.. makcik takkan rugi apa jika tidak memilih sy sebagai menantu.. mudah2an makcik akan dapat menantu yg jauh lebih baik & sempurna.. maafkan sy makcik.. :'(

kak su, maafkan nisa sebab tak dapat tunaikan hasrat kak su.. nisa xberdaya.. nisa hanya wanita biasa.. nisa taknak jadi anak derhaka.. nisa taknak lawan ckp mereka semata2 kerana pertahankan cinta.. nisa harap kak su faham.. 
maafkan nisa kak su.. :'(