Saturday, April 7, 2012

DERITA MERINDU...

Bukan mudah menerima sebuah kehilangan,
Bukan senang merasai sebuah pemergian,
Mungkin saja ada yang sering berkata,
Aku punya pengalaman kehilangan sebelum,
Namun sekuat manakah aku untuk menghadapinya?

Tetapi,
Lakaran sebuah silaturrahim yg dipupuk sejak dari lahir,
Bukan mudah dibakar dengan simbahan kemarahan,
Bukan mudah disiram dengan limpahan tangisan…

Apabila ayahanda sering bertanya bila kepulangannya… (biar dia tidak tahu).
Saat bonda kerap menyusun kata memujuk hati sendiri saat hati benar2 merindui… (biar dia tidak tahu).
Tika kakak mengalirkan rembesan air yg bersisa dari kelopak mata kerana merinduinya … (biar dia tidak tahu).
Juga diri ini sendiri yang acapkali menerjah kamarnya, mencium helai pakainya bila rindu itu tiba tidak terduga kerana pulang kedesa tanpa dia ada didepan mata..bertanya pada ayahanda bila akan pulangnya dia..memujuk bonda dengan kata2 paling disenangi moga bonda selalu berbaik sangka.. mengalirkan rembesan seperti kakak setiap kali membaca butir kata di skrin pinky..  ya, benar aku tewas dengan rindu ini..aku rindu dia yang dulu..sangat.. (biar semuanya dia tidak tahu).

***Tak mengapa, kami faham.. tersangat faham.. utk memujuk hati ini aku sering mengingatkan bahawa “kau pinjaman dariNya…”

Wednesday, April 4, 2012

Cinta (part 1)

Rasa bersyukur yg tak terhingga kerana telah selamat BERTUNANG  secara rasmi kepada lelaki bernama MUHAMAD FAIZAL BIN ALIAS pd 05hb februari 2012, hari ahad.. bersamaan maulidur rasul.. alhamdulillah ya Allah atas kurniaanmu yg tak terhingga ini.. ya, sy sudah benar2 sudah melupakan lelaki itu (mohd firdaus bin  abas). Alhamdulillah sekali lg ya tuhan.. setelah berhempas pulas mempertahankan kesetiaan pd lelaki itu, akhirnya sy akur yg dia bukan utk sy.. lelaki ini yg telah menyedarkan sy tentang byk perkara.. tentang cinta, kesetiaan, kehidupan & masa depan.. semuanya mahu dibina bersama sy, gadis kampung yg xpunya apa2.. skali lg kupanjatkan kesyukuran kerana dipertemukan dengannya.. 

Bukan mudah untuk menerima cinta baru setelah 6 tahun berjuang menunggu lelaki itu.. lelaki itu yg telah sy sandarkan utk membina bahagia bersama2..  lelaki itu yg telah membutakan mata sy utk menerima cinta yg lain.. segalanya2nya kerana lelaki itu.. tp lelaki ini menyedarkan sy cinta bukan sekadar utk setia.. cinta bukan sekadar menunggu spt tugu.. juga bukan sekadar menanti sampai mati.. cinta adalah utk dihargai.. bukan mudah utk membuang semuanya dlm sekelip mata tp sy sentiasa berusaha utk tidak lg menjadi tugu bisu yg hanya mampu menunggu…

Mohd Firdaus Bin Abas, cerita tentang awak telah berlalu & izinkan sy menyulam cinta baru dgn dia… terima kasih utk semua cinta & kasih juga sayang yg pernah ALLAH pinjamkn pd awak utk diberi pd sy dahulu… terima kasih kerana membenarkan sy menjadi gadis kurang siuman semata2 mngejar cinta awak dahulu… terima kasih kerana menghalalkan segala2 yg pernah kita kongsikan dahulu… terima kasih yg tidak terhingga… utk segala2nya… =’) 

 ingat lg dulu dia slalu bilang bulu mata sy slalu gugur sebab byk BAHAN KIMIA kat mata, hahahaa...


nak jugak tunjuk tudung bawal exclusive "bawal adira".. tudung paling mahal pernah sy ada... =)

my niece, maksu suka pic ni.. maceh kakak!!



dari ANIS untuk FAIZAL














dari FAIZAL untuk ANIS










INI SAAT2 TERINDAH DLM HIDUP SY.. SY BAHAGIA..






cik sepupu sedang berusaha keras MENGGEGET rantai tunang sy... liplap2 retis sorang nih... 


sy masih ingat ayat wakil kami pd wakil awk..
dengan ini sahla nooranisah menjadi tunang muhamad faizal...
aminn ya rabb.....



sticker ni ntah bape kali edit.. semata2 utk majlis sy ni..
ini wrapper choc bar yg sy tempah utk majlis bertunang... design sendiri.. 


**alhamdulillah akhirnya selamat semuanya... kini sy telah menjadi tunangan org.. dlm islam sy diharamkan bercinta @ menerima pinangan dari mana2 lelaki dlm tempoh pertunangan selama setahun ini.. insya'allah sy akan sentiasa menjaga diri serta kehormatan sy selama tempoh ini.. moga dipermudahkan.. aminn ya rabb.. Faizal, terima kasih kerana menerima sy seadanya... moga bahagia ini akan kekal till jannah... (^__^)

Thursday, December 8, 2011

Surat Cinta Untukku...

Sayang,
Jangan cemari hubungan dan ikatan kita dengan rasa cemburumu,
Kerana ia bakal mengundang sebuah perpisahan,
kerana sekian lama diri ini bagai dicurigai selalu..

Sayang,
pandanglah sejauh itu betapa aku cuba untuk memahami diri dan ikatan ini,
namun jika diri ini sering digagaghi dengan tuduhan tanpa sebuah realiti yang hadir,
selama mana aku mampu bertahan?

Sayang,
Mungkin penyesalan ini pasti menghantui diri selalu,
Renunglah saat saat kemesraan waktu kita bersama,
mana mungkin diri ini akan merubah kebahagiaan yang dirasa,
kerana dirimu dilahirkan buat diriku..

Sayang,ketahuilah hingga saat ini segalanya masih untukmu…

Wednesday, November 30, 2011

Merajuk Dipujuk...

Dari kecik kalau sy merajuk taknak mkn, hanya ‘dia’ yg akan pujuk sy utk mkn dgn cara paling lembut…

Walau hanya ayat itu…

“dah, pegi mkn sana..nanti nasi sejuk..xsedap…”

Ya, smpai skrg sy masih dipujuk lembut seperti itu… sampai kapan pun sy masih mahu dipujuk begitu… 

*nyawa sy... Tuan Haji Ahmad Bin Haji Siraj*

Friday, September 16, 2011

:: di sini segalanya bermula ::

Siapakah itu,
Yang mengetuk pintu hati,
Yang memberi salam pertama…

Siapakah itu,
Yang menguntum senyum dibibir,
Yang mengukir kata manis…

Siapakah itu,
Yang berlari di kaki langit,
Yang menantikanku disebalik tirai pelangi…
 ** disini segalanya bermula...

:: SEINDAH DERITA ::

Banjir kepiluan yang berladung di dalam hati tiada siapa yg tahu melainkan aku… Namun aku rela menyimpan semuanya di dalam hati… Tega membiarkan diri luka sendiri-sendiri… Tapi sampai bila harus aku simpan lemas luka hati ini?? Aku jauh di negeri orang…lantaran ada yang sudi memberi dahan untuk berpaut, perlukah aku tolak? Atau aku masih menanti rendangnya pohon memayungi tatkala turunnya salji atau terus menanti panasnya bahang asmara untuk memanaskan dinginnya SEKEPING HATI YANG TELAH LAMA MATI….

** kau lelaki yang ada segalanya…aku cuma ada kekecewaan & masa silam yang menyakitkan…

Saturday, August 20, 2011

:: sy hanya wanita biasa ::


Kepada awk yang akan menjadi pendamping sy kelak..

Terima kasih sebab telah memilih sy di antara ribuan bidadari di luar sana yang layak untuk awk pilih.. Padahal awk sangat tahu, sy hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sifat sempurna.. sebabnya sy nak awk tahu, sy bukan wanita yang sempurna, sy begitu banyak kekurangan.. Maka ketahuilah itu..

Kepada awk yang akan memilih sy kelak..

sy tak sebijak saidatina khadijah, sebab itu sy nk awk tahu, sy boleh saja berbuat salah yang begitu menyakitkan hati.. Maka sy mohon pada awk, bijaklah dalam melayani kerenah sy, jangan marah pada sy, nasihati sy dengan sabar, sebab bagi sy awklah pemimpin sy, tak akan berani sy melawan kata awk..

Duhai awk yang akan memilih sy kelak..

Ingatlah, tak selamanya sy dapat nampak cantik di mata awk, ada kalanya sy akan begitu penat.. Mungkin sebab sy begitu sibuk di sekolah & di dapur, menyiapkan makanan untuk awk dan putera puteri kita nanti, insya’ALLAH.. Jadi jika esok pagi awk tengok sy sangat letih dan ada lingkaran hitam di mata sy, maka tetaplah tersenyum pada sy, sebab awk adalah kekuatan sy..

Pada awk yang menjadi nakhoda dalam hidup sy kelak..

Ketahuilah, sy tak sesabar Fatimah az zahra, ada kalanya awk akan nampak sy begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan sebab nk melawan awk, tapi sy hanya wanita biasa, sy juga perlu tempat untuk menumpahkan rasa dlm di hati sy, tempat untuk melepaskan penat sy, dan mungkin saat itu sy tak jumpa awk, atau awk begitu sibuk dengan kerja awk, maka bersabarlah.. yang sy harapkan hanya pelukan dan belaian awk.. sebab bagi sy, awk adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resah di hati sy..

Ataukah ada kalanya tangan sy akan mencubit dan memukul pelan si kecil kita sebab lelah dan penat sy di tambah dgn kerenahnya yang tak habis-habis.. Sungguh! bukan sebab sy nk menyakitkannya, tapi kadang-kadang sy kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.. Maka jangan menengking sy sebab menyakiti buah hati kita, tapi cukup dgn awk usap kepala sy, dan bisikkan kata sayang di telinga sy, sebab dengan itu sy tau awk selalu menghargai semua yang sy lakukan untuk mahligai kita, dan awk akan nampak sy menangis menyesali perlakuan sy pada puteri kita, dan sy akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang sy berikan padanya, dan sy akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Pada awk yang menjadi imam dalam hidup sy kelak..

Ketahuilah, sy tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajari sy, membimbing sy ke arah-Nya.. jangan pernah letih mengajari sy.. Jangan segan membangunkan sy di sepertiga malam untuk bersama awk bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkan sy untuk terus bersama awk mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tangan sy ke JannahNya, agar  awk dan sy tetap bersatu di dalamnya..

Pada awk yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidup sy..

Seiring waktu yang berlalu, sy pastinya akan di telan usia.. Dan awk tak akan nampak sy sebagai wanita cantik, yang awk khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan mata awk.. Maka jangan pernah berpaling dari sy.. sebab satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, iaitu rasa cinta sy pada awk..

Ketahuilah.. Tiap hari yang berlalu, tiap jam, minit dan detiknya, telah sy lewati dengan sangat jatuh cinta pada awk.. Maka, cintailah sy, dengan apa adanya sy.. Jangan berharap sy mampu menjadi wanita sempurna.. Maafkan sy sebab sy bukan puteri.. sy  hanya wanita biasa…

* impian sy & impian awk juga *