Bukan mudah menerima sebuah kehilangan,
Bukan senang merasai sebuah pemergian,
Mungkin saja ada yang sering berkata,
Aku punya pengalaman kehilangan sebelum,
Namun sekuat manakah aku untuk menghadapinya?
Tetapi,
Lakaran sebuah silaturrahim yg dipupuk sejak dari lahir,
Bukan mudah dibakar dengan simbahan kemarahan,
Bukan mudah disiram dengan limpahan tangisan…
Apabila ayahanda sering bertanya bila kepulangannya… (biar dia tidak tahu).
Saat bonda kerap menyusun kata memujuk hati sendiri saat hati benar2 merindui… (biar dia tidak tahu).
Tika kakak mengalirkan rembesan air yg bersisa dari kelopak mata kerana merinduinya … (biar dia tidak tahu).
Juga diri ini sendiri yang acapkali menerjah kamarnya, mencium helai pakainya bila rindu itu tiba tidak terduga kerana pulang kedesa tanpa dia ada didepan mata..bertanya pada ayahanda bila akan pulangnya dia..memujuk bonda dengan kata2 paling disenangi moga bonda selalu berbaik sangka.. mengalirkan rembesan seperti kakak setiap kali membaca butir kata di skrin pinky.. ya, benar aku tewas dengan rindu ini..aku rindu dia yang dulu..sangat.. (biar semuanya dia tidak tahu).
***Tak mengapa, kami faham.. tersangat faham.. utk memujuk hati ini aku sering mengingatkan bahawa “kau pinjaman dariNya…”




